Jika di minggu-minggu yang lepas, hanya seorang Ustazah sahaja yang meninggalkan Raudhah Ustazah Pilihan, kali ini, 2 Ustazah telah diumumkan sebagai peserta yang meninggalkan Raudhah minggu ini.
Maryanti Binti Ramle, seorang pelajar yang berasal dari Melaka dan Nur Aqidah Binti Mawardi, seorang perunding pendidikan dari Selangor telah diumumkan sebagai peserta Ustazah Pilihan yang meninggalkan Raudhah Ustazah Pilihan.
Dalam episod minggu ini, 8 Ustazah Pilihan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan berpasangan. Kali ini, mereka ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia. "Kempen Somalia" yang dianjurkan menepati tema "Sinar Harapan" Ustazah Pilihan minggu ini. Sasaran mereka minggu ini adalah mengutip seberapa banyak dana untuk disumbangkan kepada mangsa kebuluran di Somalia.
Kumpulan Firuz dan Fatimah telah berjaya mengutip dana paling tinggi dalam tugasan ini. Pengalaman Firuz yang pernah menjadi ahli Islamic Relief di Wasington telah digunakan sepenuhnya dalam tugasan ini. Fatimah yang juga pernah terlibat dalam kerja sukaralawan juga menjadi pelengkap dalam kemantapan kumpulan mereka melaksanakan tugas.
Kumpulan yang dianggotai oleh Aqidah dan Yanti merupakan kumpulan yang paling sedikit mendapat dana namun usaha mereka dalam melaksanakan tugasan ini masih dihargai. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
Sebagai contoh, kumpulan yang dianggotai oleh Fira dan Siti menggunakan kaedah menjual hasil lukisan khat kepada pelanggan. Bakat terpendam yang dimiliki Fira digunakan sepenuhnya dalam tugasan ini. Difahamkan juga, Fira pernah menjual lukisan atau tulisan khatnya ketika berada di Mesir lagi.
Kumpulan yang lain adalah kumpulan yang dianggotai oleh Nina dan Hidaya. Antara pendekatan mereka untuk mengutip dana adalah dengan bermain alat muzik seperti "busking".
Kedudukan dan prestasi peserta Ustazah Pilihan dinilai mengikut prestasi mereka dalam tugasan luar yang diberi serta beberapa ujian teori yang dijalankan di Raudhah. Berdasarkan kesemua aspek ini, berikut adalah kedudukan peserta Ustazah Pilihan pada minggu ini:
- 1. Firuz
- 2. Fira
- 3. Hidaya
- 4. Siti
- 5. Nina
- 6. Fatimah
- 7. Aqidah
- 8. Yanti
No comments:
Post a Comment